Category Archives: Kategori

  • -

Penundaan Kursus Penulisan Buku Kanak-kanak

Category : Kategori , Kursus

Tuan/puan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Kursus Penulisan Buku Kanak-kanak yang dijadualkan pada  6 – 7 September 2017 telah DITUNDA ke tarikh baharu, iaitu pada 3 – 4 Oktober 2017.

Sehubungan dengan itu, penyertaan untuk mengikuti kursus tersebut masih dibuka bagi yang berminat. Pihak Akademi DBP amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan.

Untuk menyertai kursus tersebut, tuan/puan perlu mengisi borang permohonan kursus yang terdapat dalam laman sesawang Akademi DBP.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pegawai Akademi DBP, Puan Zaidah Ahmad Rosly melalui talian 03-21479000 samb.1047.

Sekian. Terima kasih.


Arkib