Pemakluman Penundaan Kursus

Tuan/puan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Kursus Penulisan Esei dan Kritikan yang dijadualkan pada 12 – 13 Julai 2017 telah DITUNDA ke tarikh baharu, iaitu pada 23 – 24 Ogos 2017.

Sehubungan dengan itu, penyertaan untuk mengikuti kursus tersebut masih dibuka bagi yang berminat. Pihak Akademi DBP amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan.

Untuk menyertai kursus tersebut, tuan/puan perlu memuat turun borang permohonan kursus yang terdapat dalam laman sesawang Akademi DBP, dan menghantar borang permohonan tersebut kepada pegawai Akademi DBP, Puan Zaidah Ahmad Rosly melalui e-mel zaidahar@dbp.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pegawai berkenaan melalui talian 03-21479000 samb.1047.

Sekian. Terima kasih.

Posted in Kursus | Comments Off