Pemakluman Penundaan Kursus 2/2017

  • -

Pemakluman Penundaan Kursus 2/2017

Category : Kursus

Tuan/puan yang dihormati,

Dimaklumkan bahawa Kursus Bahasa Melayu Lanjutan yang dijadualkan pada 9 – 10 Ogos 2017 telah DITUNDA ke tarikh baharu, iaitu pada 8 – 9 November 2017.

Sehubungan dengan itu, penyertaan untuk mengikuti kursus tersebut masih dibuka bagi yang berminat. Pihak Akademi DBP amat mengalu-alukan penyertaan tuan/puan.

Untuk menyertai kursus tersebut, tuan/puan perlu memuat turun borang permohonan kursus yang terdapat dalam laman sesawang Akademi DBP, dan menghantar borang permohonan tersebut kepada pegawai Akademi DBP, Puan Fauziah binti Hassan melalui e-mel hfauziah@dbp.gov.my.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pegawai berkenaan melalui talian 03-21479000 samb.1044.

Sekian. Terima kasih.


Arkib