SOALAN LAZIM

    1. Bagaimanakah caranya untuk menyertai kursus di Akademi DBP?
      Anda perlu memuat turun borang permohonan kursus yang terdapat di dalam laman web Akademi DBP dan dihantar melalui faksimile atau e-mel yang tertera di jadual kursus Akademi DBP.
    2. Berapakah maksimum jumlah peserta kursus bagi setiap kursus yang diadakan?
      Maksimum jumlah peserta bagi setiap kursus ialah seramai 30 orang (bergantung pada permintaan untuk setiap kursus)
    3. Sekiranya saya telah terlepas tarikh tutup penyertaan, adakah saya masih boleh memohon kursus tersebut?
      Sekiranya anda mahu memohon kursus tersebut selepas tarikh tutup penyertaan seperti yang dinyatakan, anda perlu menghubungi pegawai yang berkenaan seperti yang dinyatakan di dalam jadual kursus.
    4. Berapakah harga yuran penyertaan kursus Individu?
      Yuran untuk kursus Individu ialah sebanyak RM318.00/kursus (2 hari berkursus).
    5. Apakah kemudahan yang disediakan oleh pihak Akademi DBP untuk para peserta kursus?
      Pihak Akademi DBP menyediakan minum pagi, makan tengah hari, nota  dan sijil penyertaan para peserta.
    6. Adakah pihak Akademi DBP menyediakan makan tengah hari, minum petang dan penginapan untuk para peserta kursus yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor?
      Pihak Akademi DBP tidak menyediakan makan tengah hari, minum petang serta tidak menanggung penginapan para peserta sepanjang kursus berlangsung. Penginapan dan makan tengah hari adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
    7. Bagaimanakah caranya untuk saya dapat menyertai kursus Akademi DBP sekiranya pihak organisasi saya lewat menyediakan surat pesanan kerajaan (LO) untuk urusan pembayaran yuran kursus?
      Anda masih boleh menyertai kursus anjuran Akademi DBP dengan membayar secara tunai semasa hari pendaftaran kursus (resit disediakan) atau anda boleh meminta pihak organisasi anda menyediakan Letter of Undertaking kepada pihak Akademi DBP sebelum LO anda disiapkan.
    8. Bilakah saya boleh menerima pengesahan pendaftaran kursus?
      Pengesahan pendaftaran kursus akan diterima setelah pengesahan dibuat oleh pihak Akademi DBP.