Latar Belakang

Akademi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ialah salah satu bahagian di Dewan Bahasa dan Pustaka yang diwujudkan dengan tujuan merangka strategi dan kaedah pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu, sastera dan penerbitan.

Dalam usaha mempertingkat penggunaan bahasa Melayu dengan betul dalam kalangan masyarakat, Akademi DBP yang mula beroperasi pada 4 November 2011 telah menyediakan program latihan dan penataran bahasa, sastera, penerbitan teknologi maklumat dan komunikasi, dan pengurusan dan pentadbiran staf, golongan profesional dan masyarakat awam selaras dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dalam bentuk tiga kursus iaitu Kursus Individu, Kursus Berpakej, dan Kursus Bahasa Melayu untuk Penutur Asing.