Individu

Kursus Individu merupakan kursus yang dirancang oleh Akademi DBP bagi tempoh sepanjang tahun semasa. Kursus Individu terbahagi kepada tiga iaitu Kursus Pemantapan Bahasa Melayu, Kursus Pemantapan Sastera dan Kursus Pemantapan Penerbitan.

Kursus Individu diadakan di premis DBP (Bangunan Lama DBP), dan kursus ini terbuka kepada staf di agensi kerajaan, swasta dan  orang perseorangan.

Yuran yang dikenakan ialah sebanyak RM318.00 seorang untuk dua hari kursus yang merangkumi minum pagi, makan tengah hari, nota dan sijil penyertaan.

Antara kursus yang ditawarkan bagi tempoh sepanjang tahun 2018 adalah seperti yang berikut:

Jenis Kursus

Kursus Pemantapan Bahasa Melayu

  • Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo
  • Kursus Pemantapan Tulisan Jawi
  • Kursus Penulisan Kertas Cadangan dan Laporan
  • Kursus Pengurusan dan Penulisan Minit Mesyuarat
  • Kursus Kesantunan Bahasa dalam Media
  • Kursus Penulisan Berita dan Rencana
  • Kursus Bahasa Iklan dan Nama Premis
  • Kursus Penulisan Teks Ucapan
  • Kursus Bahasa Melayu Lanjutan

Kursus Pemantapan Sastera

  • Kursus Pengurusan Acara dan Penjurian Pantun
  • Kursus Penulisan Novel
  • Kursus Penjurian Penulisan dan Deklamasi Sajak
  • Kursus Penjurian Pertandingan Syair
  • Kursus Penulisan Fiksyen Sains
  • Kursus Penciptaan dan Pengungkapan Puisi Tradisional: Pantun dan Syair
  • Kursus Penulisan Skrip Drama Adaptasi
  • Kursus Penciptaan dan Pengungkapan Puisi Tradisional: Gurindam dan Nazam
  • Kursus Penulisan Cerpen

Kursus Pemantapan Penerbitan

  • Kursus Penulisan Buku Teks
  • Kursus Penerbitan Gaya Dewan
  • Kursus Penerbitan Buletin dan Majalah
  • Kursus Penulisan Biografi, Autobiografi dan Memoir
  • Kursus Penulisan: Daripada Idea kepada Buku
  • Kursus Transformasi Tesis kepada Buku
  • Kursus Penyusunan Kamus dan Ensiklopedia

Penyertaan

  • Kursus Individu ini terbuka kepada semua staf dari agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan.

Yuran Penyertaan

  • RM318.00 seorang (termasuk CBP 6%) yang merangkumi minum pagi, makan tengah hari, nota kursus dan sijil penyertaan.
  • Setiap peserta perlu membuat bayaran deposit RM50.00 sebagai bayaran proses pendaftaran kursus. Bayaran deposit ini tidak dikembalikan sekiranya peserta tidak menghadiri kursus.

Tempat

  • Semua kursus diadakan di Bilik Latihan, Akademi DBP, Bangunan Lama Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.