Kursus AI dalam Sastera (KIS 004)
Mengenai Kursus Ini
Penerangan Kursus
Kursus ini membincangkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penyelidikan, penghasilan dan penerbitan karya sastera. Peserta akan didedahkan dengan aplikasi AI untuk analisis teks, penjanaan idea kreatif, pemetaan tema serta pemanfaatan alatan digital bagi memperkaya proses kesusasteraan moden.
Objektif Kursus:
1. Memberikan pemahaman mengenai potensi dan batasan penggunaan AI dalam bidang kesusasteraan.
2. Mengaplikasikan alatan AI untuk analisis kandungan, gaya, tema dan perkembangan naratif.
3. Meningkatkan kreativiti melalui penggunaan teknologi bagi menghasilkan karya sastera yang inovatif.
4. Membangun kecekapan peserta dalam mengintegrasikan AI secara beretika dalam kegiatan penulisan, kajian dan penerbitan sastera.
Tarikh Mula
Tarikh Tamat
Kenapa Pilih Kursus Ini?
Pengajar Berpengalaman
Pembelajaran daripada pakar yang berpengalaman di bidang ini
Sijil Disertakan
Sijil penyertaan akan diberikan
Suasana Pembelajaran
Suasana pembelajaran yang ceria untuk pembelajaran yang lebih berkesan
Bahan Pembelajaran
Modul dan bahan pembelajaran yang komprehensif
Kursus Lain Yang Mungkin Menarik
Kursus Bijak Jawi (KIB 008)
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengen...
Kursus Filologi (KIS 003)
Kursus ini memberikan pendedahan komprehensif mengenai kaeda...