Mengenai Akademi DBP

Maklumat komprehensif mengenai organisasi, visi, misi dan pasukan kami yang berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi.

Latar Belakang

AKADEMI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA atau ringkasnya Akademi DBP merupakan salah satu bahagian di Dewan Bahasa dan Pustaka yang diwujudkan dengan tujuan merangka strategi dan kaedah pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat, khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu, sastera dan penerbitan. Akademi DBP mula beroperasi pada 4 November 2011, dan diamanahkan untuk mengembangkan bahasa Melayu dengan menawarkan kursus penataran pada peringkat serantau dan antarabangsa bagi membina dan memperkukuh kefahaman, sekali gus memperteguh sikap dan memupuk kecintaan warganya dan masyarakat umum terhadap bahasa, sastera dan penerbitan melalui pelbagai aktiviti latihan dan penataran selaras dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu.

Visi dan Misi

Visi Kami

Menerajui latihan dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan pada peringkat negara, serantau dan antarabangsa, serta mempertingkat profesionalisme kakitangan DBP.

Misi Kami

Melaksanakan program latihan berkaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan yang berkualiti untuk masyarakat Malaysia, serantau serta antarabangsa, dan mengurus latihan jangka pendek serta jangka panjang untuk kakitangan DBP.

Objektif

Kursus

Menawarkan kursus dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan yang berkualiti untuk jabatan, sektor awam, swasta, individu, penulis, editor dan masyarakat umum.

Sumber Manusia

Membangunkan sumber manusia DBP sedia ada secara sistematik dan terancang serta menepati keperluan sebenar mengikut peringkat kerjaya dan kompleksiti kerja yang dilaksanakan.

Penutur Asing

Menawarkan kursus bahasa Melayu untuk penutur asing.

Institusi

Membina jaringan kerjasama kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan berkaitan dengan latihan dan kursus dengan institusi dalam dan luar negara.

Fungsi dan Iltizam

Peneraju latihan dalam bidang bahasa sastera dan penerbitan

Kursus Individu
Kursus Berpakej
Kursus Bahasa Melayu untuk Penutur Asing
Kursus Pembinaan Munsyi Dewan (Bahasa, Sastera dan Jawi)
Program Sinergi dan Kerjasama Bestari

Iltizam Kami

Kualiti pengajaran yang terbaik
Layanan yang mesra dan profesional
Pengemaskinian berterusan bagi program dan kemudahan
Integriti dan ketelusan dalam semua aktiviti

Pasukan Kami

Kursus Bidang Bahasa

Encik Mohd Rusdi

bin Mat Rakib

03-2147 0213

mohd_rusdi@dbp.gov.my

Kursus Bidang Sastera

Puan Sanisah

binti Hashim

03-2147 0211

sanisah@dbp.gov.my

Kursus Bidang Penerbitan

Puan Siti Nur Atiqah

binti Amirudin

03-2147 0212

nuratiqah@dbp.gov.my

Program Pembinaan Munsyi Dewan
(Bahasa, Sastera, Jawi)

Puan Noraida

binti Ismail

03-2147 0225

noraida@dbp.gov.my

Kursus Bahasa Melayu
untuk Penutur Asing

Puan Siti Nur Atiqah

binti Amirudin

03-2147 0212

nuratiqah@dbp.gov.my

Unit Promosi dan Kerjasama

Puan Emyliza Sharida

binti Asari

03-2147 0210

emyliza@dbp.gov.my