PORTAL DALAM PENAMBAHBAIKAN SECARA BERPERINGKAT

Kursus Penyuntingan Berketerampilan

Sinopsis

Kursus Penyuntingan Berketerampilan bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang penyuntingan teks. Peserta akan mempelajari teknik penyuntingan yang efektif untuk memperbaiki struktur, gaya dan kesalahan tatabahasa dalam teks sambil memastikan kesesuaian dengan tujuan dan sasaran pembaca. Kursus ini juga memberi fokus kepada penggunaan alat penyuntingan moden dan memberikan pengalaman praktikal untuk meningkatkan ketelitian dan kecekapan dalam penyuntingan teks. Kursus ini sesuai untuk individu yang berminat untuk menjadi penyunting profesional serta mereka yang terlibat dalam industri penerbitan, media atau penulisan kreatif.

Objektif Utama

  1. Membantu peserta dengan kemahiran teknikal dalam mengenal pasti dan membetulkan kesalahan tatabahasa, tanda baca dan struktur ayat untuk menghasilkan karya yang lebih kemas dan jelas.
  2. Membimbing menggunakan teknik penyuntingan yang sesuai untuk pelbagai jenis teks, termasuk penulisan kreatif, akademik dan media serta memahami cara meningkatkan kualiti teks melalui pengolahan gaya penulisan.
  3. Membantu peserta menggunakan perisian dan alat penyuntingan moden secara efisien seperti perisian pemprosesan teks dan perisian penyuntingan digital bagi mempercepat proses penyuntingan dan memastikan hasil yang lebih profesional
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.