Kursus Penulisan Iklan
Sinopsis
Kursus Penulisan Iklan bertujuan untuk membantu peserta menguasai kemahiran dalam menghasilkan iklan yang menarik dan berkesan. Kursus ini memberi tumpuan kepada teknik penulisan kreatif dan strategi pemasaran melalui kata-kata yang dapat memikat perhatian audiens serta mendorong tindakan. Peserta akan mempelajari cara menyusun mesej iklan yang jelas dan persuasif dan  menggunakan pelbagai elemen iklan seperti tajuk berita (headline), panggilan untuk bertindak (call-to-action) dan manfaat produk atau perkhidmatan dengan cara yang paling efektif. Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin mempromosikan produk, perkhidmatan, atau acara melalui media cetak, digital dan sosial.
Objektif Utama
- Membantu peserta mempelajari cara mencipta iklan yang dapat menarik perhatian audiens dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan teknik penulisan yang berkesan.
- Membimbing peserta tentang elemen-elemen penting dalam penulisan iklan.
- Membantu peserta memahami cara menyesuaikan penulisan iklan untuk pelbagai medium seperti iklan cetak, media sosial dan digital dengan menyesuaikan gaya penulisan mengikut keperluan setiap platform.