PORTAL DALAM PENAMBAHBAIKAN SECARA BERPERINGKAT

Kursus Pembacaan Pruf Profesional

Sinopsis

Kursus Pembacaan Pruf Profesional bertujuan untuk melatih peserta dalam kemahiran membaca pruf dengan teliti dan tepat dalam konteks penerbitan dan percetakan. Kursus ini mengajarkan teknik dan strategi untuk mengenal pasti dan membetulkan kesilapan dari segi ejaan, tatabahasa, format serta konsistensi dalam teks. Peserta akan mempelajari cara-cara untuk memeriksa kesalahan yang mungkin terlepas pandang semasa proses penyuntingan awal. Kursus ini amat berguna untuk editor, penulis dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam pengeluaran bahan bercetak dan digital untuk memastikan kualiti dan profesionalisme sebelum hasil kerja diterbitkan.

Objektif Utama

  1. Membantu peserta memahami langkah-langkah dalam proses pembacaan pruf termasuk teknik untuk mengenal pasti kesalahan dalam teks dan format yang boleh mempengaruhi kualiti bahan yang diterbitkan.
  2. Membimbing peserta untuk mengesan dan membetulkan kesilapan ejaan, tatabahasa, dengan cepat dan tepat.
  3. Membantu peserta menghasilkan bahan bercetak dan digital yang bebas dari kesilapan.
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.