Kursus Penulisan Novel Kanak-kanak
Sinopsis
Kursus Penulisan Novel Kanak-kanak merupakan kursus yang direka khusus untuk membimbing penulis baru atau mereka yang berminat dalam dunia penulisan kanak-kanak. Kursus ini memberi fokus kepada teknik dan gaya penulisan yang sesuai dengan usia dan minat golongan muda serta membantu peserta memahami kehendak pasaran sasaran mereka. Peserta akan diterapkan dengan cara membina plot, mengembangkan watak dan mencipta persekitaran cerita yang menarik serta penuh pengajaran sesuai dengan nilai-nilai yang baik untuk kanak-kanak. Dengan bimbingan dari pengarang dan pakar dalam bidang penulisan kanak-kanak, kursus ini bertujuan untuk menghasilkan novel kanak-kanak yang kreatif, mendidik dan menghiburkan.
Objektif Utama
- Mengasah kemahiran penulisan untuk kanak-kanak.
- Membantu peserta mengembangkan karakter dan plot yang menarik.
- Memahami aspek pendidikan dalam penulisan kanak-kanak.