PORTAL DALAM PENAMBAHBAIKAN SECARA BERPERINGKAT

Kursus Penyediaan Indeks

Sinopsis

Kursus Penyediaan Indeks direka untuk memberi kemahiran asas dan lanjutan dalam menyediakan indeks untuk pelbagai jenis penerbitan seperti buku, jurnal, laporan dan dokumen akademik. Indeks adalah alat penting untuk memudahkan pembaca mencari maklumat secara sistematik dalam sesebuah karya. Kursus ini akan membimbing peserta dalam proses penyediaan indeks dari awal hingga akhir termasuklah cara mengenal pasti kata kunci, istilah teknikal dan konsep utama yang perlu dimasukkan dalam indeks. Kursus ini sesuai untuk editor, penerbit, penulis dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam penerbitan bahan bercetak atau digital.

Objektif Utama

  1. Membantu peserta mempelajari peranan indeks bagi memudahkan pembaca mencari maklumat dalam penerbitan.
  2. Membimbing peserta dalam teknik memilih dan mengklasifikasikan istilah yang relevan serta cara menyusun indeks secara sistematik dan konsisten mengikut keperluan penerbitan.
  3. Membantu peserta mengenal pasti ketepatan dan kebolehbacaan indeks dalam karya yang diterbitkan.
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.