Tidak. Akademi DBP bukan sahaja menawarkan kursus dalam bidang bahasa tetapi juga dalam bidang sastera dan juga penerbitan.
Tidak. Kursus yang ditawarkan di Akademi DBP bukan sahaja ada peringkat negara tetapi juga di peringkat serantau dan antarabangsa.
Tidak. Kursus yang ditawarkan di Akademi DBP bukan sahaja hanya untuk warga asing tetapi juga terbuka untuk warganegara dan staf DBP.
Kursus yang ditawarkan untuk warga asing ialah Kursus Bahasa Melayu untuk Penutur Asing.
- Kursus individu (berbayar) tertumpu kepada kursus ditawarkan seperti yang terdapat dalam Kalendar Kursus Individu (Berbayar) 2023 yang akan diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kadar bayaran sebanyak RM 150.00 sehari.
- Manakala kursus berpakej pula bersifat fleksibal dan terbuka yang mana jenis kursus, tarikh dan tempat akan ditetapkan oleh jabatan/agensi berkaitan dengan kadar bayaran sebanyak RM 4500.00 sehari (maksimum 30 orang) dan RM 6000.00 sehari (maksimum 40 orang).
Bayaran untuk kursus yang diadakan secara dalam talian adalah sebanyak RM100.00 sahaja.
Tempoh kursus yang dijalankan secara bersemuka adalah bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Kursus yang dijalankan secara dalam talian mempunyai dua sesi. Sesi yang pertama bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi kedua bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang.
- Bayaran dibuat melalui akaun Dewan Bahasa dan Pustaka.
No. Akaun : 1402 3010 0180 02
Nama Bank : Bank Islam (M) Bhd.
- Bayaran juga boleh dibuat melalui cek/e-perolehan/perbankan internet
- Bayaran juga boleh dibuat secara tunai semasa mendaftar
- Pendaftaran kursus boleh dibuat melalui penyertaan di laman sesawang http://akademi.dbp.my
- Pendaftaran kursus boleh dibuat melalui e-mel /telefon/whatsapp/sistem pesanan ringkas (sms) kepada staf Akademi DBP.