LATAR BELAKANG

AKADEMI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA atau ringkasnya Akademi DBP ialah salah satu bahagian di Dewan Bahasa dan Pustaka yang diwujudkan dengan tujuan merangka strategi dan kaedah pelaksanaan program pendidikan sepanjang hayat, khususnya dalam pengajaran bahasa Melayu, sastera dan penerbitan. 

Dalam usaha mempertingkat penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan masyarakat, Akademi DBP yang mula beroperasi pada 4 November 2011 telah menyediakan program latihan dan penataran dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan.

Latihan ini disediakan untuk staf, golongan profesional dan masyarakat umum selaras dengan dasar kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu.