Sinopsis

Kursus ini dianjurkan untuk memantapkan kemahiran peserta tentang kaedah penyuntingan yang baik dan berkesan dengan tujuan untuk meminimumkan kesilapan dari segi tatabahasa, di samping memberikan pendedahan kepada peserta tentang gaya penerbitan masa kini. Kursus ini ditawarkan untuk editor DBP dan orang awam dan dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.

Objektif

  • Memantapkan kemahiran tentang kaedah penyuntingan
  • Meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta tentang penyuntingan naskhah dan penerapan gaya penerbitan
  • Meminimumkan kesilapan dari segi penggunaan tatabahasa, susun atur dan reka letak bahan dan manuskrip

Kandungan

  • Pengenalan Penyuntingan
  • Etika Penyuntingan
  • Jenis Penyuntingan: Substantif dan Kopi
  • Kaedah dan Teknik Penyuntingan
  • Etika, Aspek Bahasa dan Pemerengganan
  • Latihan dan Pembentangan

Hasil Kursus

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Memantapkan kemahiran tentang kaedah penyuntingan
  • Meningkatkan kefahaman dan kemahiran tentang penyuntingan manuskrip dan penerapan gaya penerbitan
  • Meminimumkan kesilapan bahasa, susun atur dan reka letak bahan dalam manuskrip
 

Sinopsis

Kursus yang dianjurkan ini akan membantu peserta dalam memahami proses kerja, memberikan bimbingan penulisan yang bersistematik, dan meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan buku teks yang bermutu. Kursus ini ditawarkan untuk guru danpensyarah yang berminat dan kursus ini dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.

Objektif

  • Menerangkan konsep penulis dan penulisan buku teks kepada peserta.
  • Mendedahkan peserta tentang proses kerja penulisan dan penerbitan buku teks
  • Membimbing dan memberikan panduan kepada peserta tentang penulisan buku teks
  • Meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam menghasilkan penulisan buku teks yang bermutu

Kandungan

  • Pengenalan Buku Teks
  • Pemetaan Bahan
  • Pengenalan Dokumen Standard dan Standard Pembelajaran
  • Ciri-ciri Buku Teks
  • Peringkat Penulisan
  • Kandungan
  • Istilah dan Laras Bahasa
  • Bahan Rujukan
  • Penyediaan Bab Contoh
  • Penggunaan Grafik dan Ilustrasi
  • Hak cipta
  • Latihan dan Pembentangan

Hasil Kursus

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Mengetahui proses kerja penerbitan buku teks
  • Bimbingan dan pengetahuan tentang penulisan buku teks
  • Meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam penghasilan buku teks yang bermutu

Sinopsis

Kursus ini dianjurkan untuk memantapkan kemahiran peserta dalam penyediaan indeks buku yang berkualiti dan berkesan, dengan tumpuan kepada penggunaan perisian komputer dalam penyediaan indeks. Kursus ini ditawarkan untuk editor DBP dan golongan profesional. Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.

Objektif

  • Mendedahkan peserta kepada kepentingan indeks dalam penerbitan buku
  • Mendedahkan peserta tentang jenis, komponen, rujuk silang dan lokasi indeks
  • Membimbing peserta tentang teknik penyediaan indeks dengan menggunakan MS Word

Kandungan

  • Pengenalan Indeks Buku
  • Entri, Subentri, dan Rujuk Silang
  • Lokasi Entri
  • Bengkel I – Mencari Topik untuk Entri
  • Bengkel II – Mengindeks dalam Salinan Lembut
  • Menyunting Indeks
  • Latihan dan Pembentangan

Hasil Kursus

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Menyedari dan mengetahui kepentingan indeks dalam penerbitan buku
  • Mengetahui ciri-ciri indeks yang berkesan dalam penerbitan buku
  • Mengetahui teknik penyediaan indeks secara manual dan berbantukan perisian komputer

Sinopsis

Kursus ini dianjurkan untuk memantapkan kemahiran peserta tentang kaedah, teknik dan proses pembacaan pruf yang bersistematik dalam penerbitan buku. Kursus ini ditawarkan kepada editor DBP dan golongan profesional. Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.

Objektif

  • Mendedahkan peserta kepada kaedah, teknik dan proses pembacaan pruf
  • Meningkatkan pengetahuan peserta dalam penggunaan simbol dan kod pruf
  • Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta tentang kaitan spesifikasi buku, reka letak buku dengan pembacaan pruf

Kandungan

  • Pengenalan Pembacaan Pruf
  • Bentuk dan Gaya Penerbitan
  • Peranan dan Hubungan Editor dengan Pembaca Pruf
  • Bahagian-bahagian Huruf dan Anatomi Buku
  • Jenis, Tanda Baca dan Simbol Pruf
  • Tujuan Pembacaan dan Penyemakan Pruf
  • Kepentingan Pembacaan Pruf
  • Latihan dan Pembentangan

Hasil Kursus

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Mengetahui kaedah, teknik dan proses pembacaan pruf
  • Meningkatkan pengetahuan tentang penggunaan simbol dan kod pruf
  • Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang kaitan antara spesifikasi dan reka letak buku dengan pembacaan pruf

Sinopsis

Kursus ini dianjurkan untuk memantapkan kemahiran peserta tentang gaya dan teknik penulisan dalam proses memindahkan tesis kepada buku. Kursus ini ditawarkan untuk guru/pensyarah dan golongan profesional yang berminat. Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.

Objektif

  • Memahamkan peserta perbezaan antara tesis dengan buku.
  • Mendedahkan peserta kepada teknik memindahkan tesis kepada buku
  • Mendedahkan peserta kepada penerbitan buku ilmiah

Kandungan

  • Memahami Penerbitan Ilmiah
  • Memahami Perbezaan antara Tesis dengan Buku
  • Meneliti/membedah Buku yang Asalnya Tesis
  • Memahami Proses Penerbitan Buku Ilmiah
  • Teknik Pemindahan Tesis kepada Buku
  • Mengaplikasi Teknik Pemindahan Tesis kepada Buku

Hasil Kursus

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Memahami perbezaan antara tesis dengan buku
  • Mengetahui teknik memindahkan tesis kepada buku
  • Mengetahui proses kerja penerbitan buku ilmiah
 

Sinopsis

Kursus ini dianjurkan untuk membimbing peserta dalam penulisan resensi buku bagi tujuan penerbitan. Kursus ini ditawarkan untuk staf DBP dan orang awam. Kursus ini dilaksanakan secara dalam talian selama satu hari.

Objektif

  • Menerangkan konsep penulisan resensi buku kepada peserta
  • Membimbing dan memberikan panduan kepada peserta tentang penulisan resensi buku
  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan resensi buku bagi tujuan penerbitan

Kandungan

  • Pengenalan Resensi Buku
  • Sifat Penulisan Resensi Buku
  • Kaedah dan Bentuk Penulisan Resensi Buku
  • Teknik Penulisan Resensi Buku
  • Penentuan Isi dalam Penulisan Resensi Buku
  • Latihan dan Pembentangan

Hasil Kursus

Pada akhir kursus, peserta akan dapat:

  • Memahami konsep penulisan resensi buku
  • Bimbingan dan pengetahuan tentang penulisan resensi buku
  • Meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan resensi buku bagi tujuan penerbitan