Sinopsis
Kursus ini mengandungi empat tajuk, iaitu penggunaan tanda baca, bentuk kata, golongan kata dan ayat. Setiap tajuk ini mempunyai tajuk kecil, jenis, penggunaannya dalam ayat, dan contoh kesalahan yang sering dilakukan. Bagi mengukur kefahaman peserta, latihan dan perbincangan turut disediakan. Setiap peserta perlulah menguasai aspek tatabahasa sekurang-kurangnya pada peringkat asas. Dengan menguasai tatabahasa, kesilapan dalam penulisan rasmi dapat dikurangkan dan peserta dapat menggunakan tatabahasa yang betul dalam urusan rasmi harian. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari dan terbuka kepada semua pegawai kerajaan daripada pelbagai skim perkhidmatan dan individu yang berminat.
Objektif
- Memberikan pengetahuan dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu
- Mampu mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan seterusnya membetulkan kesalahan tersebut
- Membetulkan kesalahan tatabahasa yang lazim dan mengamalkan tatabahasa yang betul dalam tugas rasmi harian
Kandungan
- Tanda Baca
- Pembentukan Kata:
- Kata Tunggal
- Kata Majmuk
- Kata Ganda
- Kata Terbitan
- Penggolongan Kata
- Kata Nama
- Kata Kerja
- Kata Adjektif
- Kata Tugas
- Pembentukan Ayat
- Latihan dan Perbincangan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Mengenali dan memahami jenis tanda baca dan penggunaannya yang betul
- Mengenal bentuk kata dan golongan kata
- Mengenal pasti kesalahan bentuk kata dan golongan kata yang terdapat dalam dokumen rasmi serta membetulkannya
- Menguasai dan menggunakan bahasa Melayu yang baik dan tepat dalam urusan rasmi sama ada lisan mahupun penulisan
Sinopsis
Tulisan Jawi ialah tulisan bagi bahasa Melayu yang awal sebelum diperkenalkan tulisan Rumi. Tulisan Jawi mengalami perubahan bermula daripada ejaan Jawi lama hingga ejaan Jawi baharu yang telah diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Ejaan Jawi mempunyai sistemnya sendiri, iaitu padanan huruf Rumi dengan huruf Jawi, ejaan mengikut hukum, ejaan tradisi dan kaedah mengeja kata serapan Arab dan Inggeris. Kursus ini diadakan selama dua hari dan terbuka kepada umum.
Objektif
- Memperkenalkan tulisan Jawi yang standard, berdasarkan pedoman ejaan yang diselaraskan oleh DBP
- Mengetahui isu-isu berkaitan dengan tulisan Jawi
- Menanamkan minat dan cinta akan tulisan Jawi sebagai warisan negara
- Menggalakkan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat
Kandungan
- Sistem Ejaan Jawi Lama dan Baharu
- Padanan Huruf Rumi dan Jawi
- Suku Kata Terbuka dan Tertutup
- Ejaan Mengikut Hukum
- Penulisan Angka
- Ejaan bagi Kata Serapan Arab dan Inggeris
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Mengetahui dan menggunakan ejaan Jawi yang diselaraskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
- Mengetahui isu dalam tulisan Jawi dan penyelesaiannya
- Berasa yakin dan cinta akan tulisan Jawi sebagai warisan negara yang tidak ternilai
Sinopsis
Kursus ini menjadi landasan kepada calon Munsyi Dewan untuk mendapatkan pentauliahan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa). Dua siri kursus dan ujian perlu diikuti oleh calon sebelum mereka layak ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa). Fokus kursus adalah pada aspek tatabahasa, sistem ejaan, tanda baca dan penulisan dokumen rasmi. Tempoh kursus bagi saringan pertama ialah dua hari (termasuk ujian pada hari kedua). Bagi saringan kedua, tempoh kursus ialah tiga hari (termasuk ujian pada hari ketiga). Ujian dilaksanakan dalam dua kaedah, iaitu ujian bertulis dan ujian lisan. Kursus ini terbuka kepada umum.
Objektif
- Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam aspek tatabahasa bahasa Melayu
- Membimbing dan mengenal pasti calon yang layak untuk ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa)
- Menyediakan pasukan pembimbing/penceramah dan pakar rujuk dalam bidang bahasa
Kandungan
- Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan
- Ejaan Rumi dan Tanda Baca
- Pembentukan Kata dan Istilah
- Pembentukan Ayat
- Penulisan Dokumen Rasmi
- Isu Bahasa
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Menerima pentauliahan dan pengiktirafan kepakaran sebagai Munsyi Dewan (Bahasa) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
- Menyumbang kepakaran sebagai tenaga pakar dan penceramah kursus dalam bidang bahasa
- Menyampaikan ilmu tentang bahasa Melayu dengan lebih yakin dan wibawa
Sinopsis
Surat dan memo ialah satu bentuk wacana yang bermesej yang ditulis mengikut laras bahasa dan format tertentu. Surat dan memo memperlihatkan imej sesebuah organisasi atau individu. Penulisannya yang baik sama ada dari segi pengolahan isi, bahasa mahupun format, akan mempamerkan imej yang tinggi, dan mesej dapat disampaikan dengan berkesan. Bagaimanakah cara untuk menghasilkan surat dan memo yang baik, betul dan berkesan? Kursus ini akan memberikan panduan kepada peserta kaedah menulis surat dan memo yang betul dan baik dari segi bahasa, format dan garapan idea. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari dan terbuka kepada semua pegawai kerajaan daripada pelbagai skim perkhidmatan dan individu yang berminat.
Objektif
- Memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam surat rasmi dan memo
- Meningkatkan kemahiran dan keterampilan bahasa dalam surat rasmi dan memo
- Mengenap pasti kesalahan bahasa dalam surat rasmi dan memo serta membetulkannya
Kandungan
- Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan
- Asas Tatabahasa dan Sistem
- Ejaan
- Surat Rasmi dan Memo:
- Pengenalan
- Format
- Kata Sapaan
- Pengolahan Isi
- Latihan dan Pembentangan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Menulis dengan yakin pelbagai jenis surat dan memo menggunakan bahasa yang betul
- Mengenal pasti kesalahan bahasa yang biasa ditemukan dalam surat dan memo serta dapat membetulkannya
- Menggunakan kata sapaan dan panggilan hormat yang betul dalam surat dan memo untuk penerima yang mempunyai gelaran tertentu
Sinopsis
Ucapan merupakan bentuk wacana yang bermesej yang bertujuan untuk mempengaruhi pendengarnya untuk melakukan sesuatu. Ucapan yang baik dapat membantu pengucapnya menyampaikan mesej kepada khalayak dengan berkesan. Kursus ini akan membimbing peserta untuk menulis teks ucapan yang baik dari segi bahasa dan pengolahan isi. Kursus selama dua hari ini terbuka kepada umum.
Objektif
- Meningkatkan kemahiran dan keterampilan bahasa Melayu dalam penyediaan teks ucapan
- Meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan dokumen rasmi
- Memahami kaedah penulisan teks ucapan yang baik dan berkesan
Kandungan
- Pengenalan Dasar Bahasa Kebangsaan
- Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan
- Laras Bahasa dan Kata Sapaan
- Teks Ucapan:
- Pengenalan
- Format
- Mengumpul Maklumat
- Pengolahan Isi
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Mengetahui proses menghasilkan teks ucapan yang baik dan berkesan
- Menggunakan bahasa yang baik dan santun
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam ucapan
Sinopsis
Kertas cadangan dan laporan ialah dokumen penting dalam sesuatu program. Kertas cadangan disediakan sebelum sesuatu program dilaksanakan, manakala laporan disediakan semasa atau selepas program dilaksanakan. Dalam kursus ini, peserta akan mempelajari aspek tatabahasa, laras bahasa, format dan kaedah pengolahan isi kertas cadangan dan laporan. Kursus ini dilaksanakan selama dua hari. Penyertaannya terbuka kepada kakitangan awam, swasta dan individu yang berminat.
Objektif
- Meningkatkan kemahiran dan keterampilan bahasa Melayu dalam penyediaan kertas cadangan dan laporan
- Meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan dokumen rasmi
- Memahami gaya penulisan laporan dan kertas cadangan yang baik dan berkesan
Kandungan
- Pengenalan Dasar Bahasa
- Kebangsaan
- Asas Tatabahasa dan Sistem Ejaan
- Laras Bahasa
- Kertas Cadangan dan Laporan:
- Pengenalan
- Format
- Mengumpul Maklumat
- Pengolahan Isi
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Mempunyai kemahiran dan keterampilan dalam penyediaan kertas cadangan dan laporan
- Mengetahui kaedah penyusunan idea yang baik dan penghujahan yang mantap
- Menghasilkan kertas cadangan dan laporan yang meyakinkan
- Meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan kertas cadangan dan laporan