Sinopsis
Kursus yang dianjurkan ini akan memberikan penekanan terhadap proses penciptaan pantun, serta teknik dan gaya pengungkapan pantun yang berkesan bagi tujuan penyiaran. Kursus ini terbuka untuk staf DBP dan orang awam serta dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.
Objektif
- Memahami Teknik Penulisan Pantun
- Meningkatkan Kemahiran Peserta dalam Penciptaan Pantun
- Menghasilkan Pantun yang Baik dan Menarik bagi Tujuan Penerbitan
Kandungan
- Pengenalan Pantun
- Sejarah dan Asal Usul Pantun
- Jenis dan Bentuk Pantun
- Proses Penciptaan Pantun
- Teknik dan Gaya Pengungkapan Pantun
- Latihan dan Penghayatan Pantun
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami teknik penulisan pantun
- Meningkatkan kemahiran dalam penciptaan dan pengungkapan pantun
- Menghasilkan pantun yang baik dan menarik bagi tujuan penerbitan dan persembahan
Sinopsis
Kursus ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik penulisan skrip drama radio yang baik dan bermutu bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Kursus ini terbuka untuk staf DBP dan orang awam dan dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.
Objektif
- Memahami teknik penulisan skrip drama radio
- Meningkatkan kemahiran penulisan skrip drama radio
- Membina dan menghasilkan skrip drama radio bagi tujuan penyiaran
Kandungan
- Pengenalan Penulisan Skrip Drama Radio
- Sumber Penulisan Skrip Drama Radio
- Elemen Utama dalam Penulisan Skrip Drama Radio
- Menyusun dan Menggarap Bahan dalam Penulisan Skrip Drama Radio
- Teknik Menarik dalam Penulisan Skrip Drama Radio
- Latihan dan Pembentangan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami teknik penulisan skrip drama radio
- Meningkatkan kemahiran dalam penulisan skrip drama radio
- Menghasilkan kerangka skrip drama radio untuk dinilai bagi tujuan penyiaran
Sinopsis
Kursus yang dianjurkan ini akan cuba membantu peserta dalam memantapkan teknik dan gaya penulisan lirik lagu, dengan tumpuan terhadap keserasiannya dengan irama/melodi lagu. Kursus ini terbuka untuk staf DBP dan orang awam dan dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.
Objektif
- Memahami teknik penulisan lirik lagu
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam penulisan lirik lagu
- Membimbing peserta menghasilkan lirik lagu yang berkualiti dan dapat diterima oleh khalayak
Kandungan
- Pengenalan: Jenis-jenis Lirik Lagu
- Teknik dan Gaya Penulisan Lirik Lagu
- Penulisan Lirik Lagu Karya Asli
- Penulisan Lirik Lagu daripada Puisi
- Keserasian Irama dan Lirik Lagu
- Latihan Penulisan Lirik Lagu
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami irama dan lirik lagu
- Memantapkan kemahiran dalam penulisan lirik lagu berdasarkan irama lagu
- Menghasilkan lirik lagu yang berkualiti dan dapat diterima oleh khalayak
Sinopsis
Kursus ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik bercerita kanak-kanak, dengan tumpuan kepada pengenalpastian bahan cerita, teknik penyampaian, penggunaan alat bantu bercerita, dan penggunaan kostum dalam persembahan. Kursus ini terbuka untuk orang awam dan dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.
Objektif
- Memberikan ilmu pengetahuan dan kefahaman kepada peserta kursus tentang cerita kanak-kanak
- Mendedahkan para peserta kepada kaedah dan teknik bercerita kanak-kanak
- Membina keyakinan para peserta untuk menyampaikan cerita dan membuat persembahan
Kandungan
- Pengenalan/Definisi Cerita kanak-Kanak
- Mengenal pasti Bahan Cerita
- Teknik Penyampaian Cerita
- Penggunaan Alat Bantu Bercerita
- Penggunaan Kostum
- Penyampaian Cerita yang Menarik dan Berkesan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami kemahiran teknik bercerita untuk kanak-kanak
- Pendedahan kaedah dan teknik bercerita kanak-kanak
- Idea dan keyakinan untuk menyampaikan cerita kepada kanak-kanak
- Menyampaikan cerita dengan teknik yang berkesan
Sinopsis
Kursus ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik penulisan skrip drama televisyen yang baik dan bermutu bagi tujuan penerbitan dan penyiaran. Kursus ini terbuka untuk orang awam dan dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.
Objektif
- Memahami teknik penulisan skrip televisyen
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam penulisan skrip drama televisyen
- Membina dan menghasilkan skrip drama televisyen bagi tujuan penyiaran
Kandungan
- Pengenalan Penulisan Skrip Televisyen
- Sumber Penulisan Skrip Televisyen
- Elemen Utama dalam Penulisan Skrip Televisyen
- Menyusun dan Menggarap Bahan dalam Penulisan Skrip Televisyen
- Teknik Menarik dalam Penulisan Skrip Televisyen
- Latihan dan Pembentangan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami teknik penulisan skrip drama televisyen
- Meningkatkan kemahiran dalam penulisan skrip drama televisyen
- Menghasilkan kerangka skrip drama televisyen untuk dinilai bagi tujuan penyiaran
Sinopsis
Kursus yang dianjurkan ini memberikan bimbingan kepada peserta dalam penulisan skrip dokumentari, dengan tumpuan terhadap penyusunan dan penggarapan bahan bagi penghasilan skrip yang baik untuk tujuan penyiaran. Kursus ini terbuka untuk orang awam dan dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.
Objektif
- Memahami teknik penulisan skrip dokumentari
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam penulisan dokumentari
- Membina dan menghasilkan skrip dokumentari bagi tujuan penyiaran
Kandungan
- Pengenalan Penulisan Skrip Dokumentari
- Sumber Penulisan Skrip Dokumentari
- Elemen Utama dalam Penulisan Skrip Dokumentari
- Menyusun dan Menggarap Bahan dalam Penulisan Skrip Dokumentari
- Teknik Menarik dalam Penulisan Skrip Dokumentari
- Latihan dan Pembentangan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami teknik penulisan skrip dokumentari
- Meningkatkan kemahiran dalam penulisan skrip dokumentari
- Menghasilkan kerangka skrip dokumentari untuk dinilai bagi tujuan penyiaran
Sinopsis
Kursus ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada peserta tentang teknik penulisan biografi yang baik dan bermutu bagi tujuan penerbitan, dengan tumpuan kepada penyusunan dan penggarapan bahan untuk penulisan. Kursus ini terbuka untuk orang awam dan dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.
Objektif
- Memahami teknik penulisan biografi
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam penulisan biografi
- Membina dan menghasilkan manuskrip biografi bagi tujuan penyiaran
Kandungan
- Pengenalan kepada Penulisan Biografi
- Sumber Penulisan Biografi
- Elemen Utama dalam Penulisan Biografi
- Menyusun dan Menggarap Bahan dalam Penulisan Biografi
- Petua/Teknik Menarik dalam Penulisan Biografi
- Latihan dan Pembentangan
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami teknik penulisan biografi
- Meningkatkan kemahiran dalam penulisan biografi
- Menghasilkan kerangka manuskrip biografi untuk dinilai bagi tujuan penerbitan
Sinopsis
Kursus yang dianjurkan ini akan memberikan penekanan terhadap proses penciptaan gurindam dan nazam, serta teknik dan gaya pengungkapan gurindam dan nazam yang berkesan bagi tujuan persembahan. Kursus ini terbuka untuk orang awam dan dilaksanakan secara dalam talian selama dua hari.
Objektif
- Memahami teknik penulisan gurindam
- Membimbing peserta menghasilkan gurindam yang baik dan berkualiti
- Meningkatkan kemahiran peserta dalam pengungkapan gurindam
Kandungan
- Pengenalan Gurindam
- Sejarah dan Asal Usul Gurindam
- Jenis dan Bentuk Gurindam
- Proses Penulisan Gurindam
- Teknik dan Gaya Pengungkapan Gurindam
- Latihan dan Penghayatan Gurindam
Hasil Kursus
Pada akhir kursus, peserta akan dapat:
- Memahami teknik penciptaan gurindam dan nazam
- Menghasilkan gurindam dan nazam yang baik dan berkualiti
- Meningkatkan kemahiran dalam pengungkapan gurindam dan nazam bagi tujuan persembahan