PENGENALAN/LATAR BELAKANG PROGRAM
Pusat Pembangunan Keilmuan dan Kemahiran Akademi DBP ialah pusat latihan kemahiran di bawah kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka dan telah ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pada tahun 2016. Pusat ini ialah satu-satunya pusat bertauliah yang menawarkan latihan kemahiran dalam bidang editorial di Malaysia.
PELUANG/LALUAN KERJAYA
Menjadi petugas luar (freelance) sebagai pembaca pruf yang mahir kepada DBP dan penerbit lain.
Menjadi usahawan/membuka syarikat pembaca pruf/penerbitan/peniagaan sendiri.
Melanjutkan pelajaran kemahiran ke peringkat diploma dan diploma lanjutan di DBP
OBJEKTIF
Menyediakan program latihan kemahiran yang lengkap dan tersusun bagi melahirkan modal insan yang berketerampilan dalam bidang penerbitan.
Melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang mahir dan terampil dalam tugas pembacaan pruf dan pengendalian dokumen penerbitan.
KELAYAKAN MINIMUM/SASARAN
Lulusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
KURSUS YANG DITAWARKAN
Sijil Kemahiran Malaysia
Diploma Kemahiran Malaysia
KANDUNGAN KURIKULUM
Sijil Kemahiran Malaysia
(PR-025-3:2014 – Sokongan Penerbitan Tahap 3)
Diploma Kemahiran Malaysia
(PR-025-4:2015 – Pelaksanaan Penerbitan Tahap 4)
Pembacaan Pruf
Pengendalian Dokumen Prapenerbitan
Pengendalian Dokumen Penerbitan
Pengendalian Dokumen Pascapenerbitan
Pengendalian Perolehan Manuskrip
Penyuntingan Naskhah
Pemantauan Kerja Reka Bentuk Penerbitan
Penyemakan Naskhah Pruf
Pemantauan Proses Percetakan
Penyelarasan Dokumen Penerbitan